Part 2 - TRIP Kami Ke Langkawi 2019-Januari

Kami nak jalan-jalan pusing Pulau Langkawi.




Kami nak cari sarapan dulu. 

Tosei dan kopi o kosong 😋😋😋




Kami dekat Jeti.. Sebelom naik bot.. nak pusing Pulau sat gi.. 
Banyak sangat gambar-gambar kami yang kani ambil guna kamera handphone dan kamera NIKON ... Inilah gambar-gambar yang tak ternilai harganya... 
pengalaman kami kat sini pertama kali berdua adik-kakak Trip - tak ternilai pengalaman ini bak kata orang masa itu emas .. 💓💓💓💓💓








Kami tiba di TASIK DAYANG BUNTING, LANGKAWI
 














Cantik permandangan disini .. Subhanallah... 💓💓💓💓💓💓💓💓

Dekat sini pon ada jual makanan, tapi kami tak beli sebab kami tak lapar 😀 kami diberikan masa 1jam sahaja untuk pusing-pusing dekat kawasan Tasik Dayang Bunting ni... Rupanya nak masuk kedalam untuk tengok Tasik Dayang Bunting tu.. kena berjalan kaki lagi kedalam ... aduhai... penatnya rasa macam nak pergi naik gunung pulak...


Korang kena bayar tiket masuk ke Tasik Dayang Bunting RM3 seorang. Yang tu memang tak termasuk dalam pakej island hopping. 







Huhu jauh lagi perjalanan...


Kami nak merasa naik Solar boat (sebenarnya ada mesin- boat ni jalan sendri) di tasik Dayang Bunting ni (RM15 untuk 2 orang).. bila lagi nak naik ya tak... Korang kalau datang sini kena cuba okay.


Inilah Solar boat kami... 😊



Terserempak dengan monyet-monyet disini.. hati-hati mereka nampak jinak tapi garang..



Kami kena cepat cepat turun... 
Sebab pemandu bot sudah tunggu kami di Jeti..untuk kedestinasi seterusnya.. 
Iaitu Eagle Feeding - tempat mereka beri helang-helang makan...
pemandu bot berhentikan bot jauh sedikit daripada tempat helang mengambil makanan mereka... satu pemandangan yang luar biasa... 







Seterusnya destinasi kami akan ke Pulau Beras Basah. 
Saya sertakan sedikit info tentang Pulau Beras Basah.

"Pulau Beras Basah' merupakan satu salah daripada pulau yang tempat tumpuan pelancong di selatan Langkawi negeri Kedah, sebagai tempat beriadah dan bersuka-ria bersama keluarga. Keindahan Pulau Beras Basah yang mempunyai pantai berpasir yang indah dan air yang jernih untuk para pengunjung berkelah dan mandi-manda bersama keluarga. Di Pulau Beras Basah, para pengunjung dapat melakukan aktiviti di pantai seperti bermain layang-layang dan membina istana pasir sepanjang hari dan berehat bersama keluarga di situ dan menikmati keindahan alam semula jadi. Pulau Beras Basah yang terletak di Langkawi ini amat popular dikalangan pengunjung tempatan dan luar tempat yang ingin lari daripada kesibukan kota dan mendapat ketenangan dan menikmati suasana pulau yang tenang dengan air laut yang jernih."


Kami dah sampaiiii!!!!!


Pasir di pantai ni putih bersih... halus sangat... feeling jap... 



Ada 1 pokok tu sengetnya 45 darjah... alahai feeling jap ambil photo kat sini.. tapi memang gambar nampak lain dari biasa 😊


Korang boleh datang kesini okay ... tempatnya memang menarik.. tapi kami diberitahu tiada penduduk di Pulau Beras Basah ni bila malam hari.. mereka kata yang tinggal hanyalah haiwan2 yang ada disitu.








Terasa haus ...Air kelapa muda menjadi pilihan saya... tetapi harganya 2 kali ganda disini... 




Hmm payah sikit nak panjat bot ni... 😑😑


Kami bersama pelancong dari china. Perjalanan kami untuk ke destinasi seterusnya... 
Jumpa di TRIP Kami Ke Langkawi 2019 - Januari - Part 3






















 

Comments

Popular Posts